KUALA LUMPUR: Seorang pemilik dalam kejadian kebakaran di Flat Sri Sabah, dekat sini mendakwa insiden itu berlaku dipercayai berpunca daripada percikan api pada kotak fius di rumahnya di tingkat 17.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Law, 32, berkata, dia berada di sebuah pusat beli-belah di Cheras, dekat sini, ketika kejadian berlaku dan menerima panggilan daripada sepupunya kira-kira jam 9.45 malam memaklumkan kejadian kebakaran tersebut.
Katanya, seorang jiran telah melihat terdapat percikan api dipercayai dari rumahnya.
"Ketika kejadian, saya dan ibu keluar ke sebuah pusat beli-belah bersama dua anak, sebelum sepupu yang tinggal di blok lain menelefon saya memberitahu rumah terbakar.
"Saya cepat-cepat pulang tetapi tidak dapat masuk.
"Ada jiran beritahu kebakaran bermula di rumah saya kerana dia ternampak percikan api pada kotak fius," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Isnin.
Law yang tinggal di flat tersebut bersama ibunya berkata, dia agak terkejut dengan kejadian tersebut setelah menghuni di rumah itu sejak lahir.
Menurutnya, ekoran kejadian itu, dia mengalami kerugian ribuan ringgit serta kehilangan dokumen peribadi yang musnah dalam kejadian kebakaran itu.
Bagaimanapun katanya, dia bersyukur kerana semua mangsa kejadian selamat dan kejadian tidak berlaku ketika penghuni sedang nyenyak tidur.
"Kami kini sehelai sepinggang, manakala duit simpanan ibu juga sudah dijilat api.
"Ia satu kejadian yang sangat hiba kerana berlaku pada hari raya Tahun Baharu Cina.
"Kami berharap pihak kerajaan dapat menyediakan rumah baharu bagi menggantikan rumah kami yang terbakar ini," katanya.
Dalam pada itu, Law menafikan satu laporan media yang mendakwa kebakaran tersebut berpunca disebabkan ritual agama sempena Tahun Baharu Cina iaitu bermain mercun.
Sementara itu, seorang lagi penduduk yang terkesan, Joseph Simon, 61, berkata, dia sedang menikmati makan malam sebelum dihubungi rakannya memaklumkan kediamannya terbakar sekitar 9.30 malam.
Menurutnya, dia bergegas pulang dan mendapati api merebak dari pintu rumah ketiga di tingkat 17 dan menjejaskan rumah jiran-jiran berdekatan.
Jelasnya, masalah pada tekanan air juga memberi kesan untuk memadam kebakaran.
"Saya tidak berani hendak pergi dekat sebab api marak dengan cepat.
“Setakat ini saya belum boleh anggarkan kerugian kerana rumah saya dalam proses ubah suai dalaman dan banyak barangan elektrik yang saya sudah keluarkan," ujarnya.
Namun begitu, katanya, dia bersyukur kerana kebiasaan ibunya yang berusia 82 tahun akan sentiasa berada di rumah.
"Namun beberapa hari sebelum kejadian kebakaran ini, ibu kata hendak pergi rumah kakak saya, jadi saya hantar dia ke sana.
"Saya berharap akan ada sedikit bantuan dan sumbangan oleh kerajaan atau pihak berwajib bagi meringankan beban ditanggung oleh semua mangsa," katanya yang telah menetap di situ lebih 30 tahun. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 12 2024
Kejadian kebakaran di Flat Sri Sabah pada Ahad malam. Gambar kecil dari kiri: Law, Joseph
Azizulhasni raih gangsa acara pecut Piala Trek Jepun II
Jaguh berbasikal trek negara itu terpaksa berpuas hati dengan kilauan gangsa selepas menamatkan perlumbaan di belakang dua pelumba tuan rumah.
277 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Pahang
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menahan 277 individu termasuk 13 wanita atas pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Hawk yang dijalankan di 11 daerah di negeri ini pada 9 dan 10 Mei lepas.
Jumlah korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 160 - Pegawai
Bencana alam ini kebanyakannya menjejaskan penduduk tempatan di Daerah Barka dan Baghlan-e-Markazi serta angka korban dijangka meningkat.
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
PRK KKB: Polis terima 12 laporan, lima kertas siasatan dibuka
Sebanyak 12 laporan polis atas pelbagai kesalahan diterima dengan lima kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang berakhir hari ini.
[TERKINI] Keputusan PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Ikuti laporan langsung keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
#AWANInews
#AWANInews
PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
AWANI Ringkas: Simbah asid | Visa haji palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
OIC, GCC sambut baik resolusi PBB mengenai usaha Palestin untuk keanggotaan penuh
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat menyambut baik penerimaan resolusi bersejarah oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mangsa kebakaran Flat Sri Sabah ditempatkan di rumah transit Khamis ini - Dr Zaliha
Kesemua 16 mangsa kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah akan ditempatkan di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras pada Khamis ini.
Masalah pendawaian elektrik punca kebakaran Flat Sri Sabah
Bomba nafi dakwaan kebakaran flat tersebut berpunca daripada bunga api.
Penduduk tingkat 16 Flat Sri Sabah kosongkan rumah, bimbang keselamatan
Kebimbangan aspek keselamatan turut dirasai penghuni lain, walaupun tidak mengalami kerosakan rumah akibat insiden kebakaran itu.
Kebakaran Flat Sri Sabah: Kegagalan sistem pemadaman sulitkan operasi - Bomba
Pihak bomba terpaksa meletakkan pam air di tingkat 16 bagi memudahkan proses pemadaman api.